Sunday, April 6, 2014

Hukum Mencari Ilmu Melalui Media Online

Pencerahan yang baik..

ISU:

Apakah hukumnya mencari ilmu melalui media online seperti youtube, baca ebook, dan baca al- Quran dan hadith melalui buku. Sebagai seorang profesional pada saya adalah memadai untuk mendengar ceramah melalui youtube daripada ulama-ulama tersohor dari seluruh dunia. Dan lagi, apakah orang biasa, yang tiada kepakaran dalam bidang agama tidak boleh bercerita langsung tentang al-Quran atau hadith pada orang lain seperti keluarga sendiri. Mohon penjelasan mengenai perkara ini. 





PENJELASAN:

Tidak ada masalah untuk mencari ilmu melalui saluran media kerana ia juga merupakan salah satu jalan untuk kita mendapatkan ilmu. Media tidak lain adalah penghubung antara kita dengan sumber ilmu yang asli seperti penceramah, guru dan lain-lain.

Cuma kekurangan yang ada pada media seperti youtube sebagai sumber ilmu ialah ia tidak bersifat terus (direct) yang menyebabkan tidak ada interaksi yang berkesan berlaku antara pemberi ilmu dengan penuntut ilmu (melainkan media yang bersifat interaktif). Justeru itu penuntut ilmu mungkin sukar mendapat penjelasan lebih lanjut mengenai sesuatu perkara sekiranya berlaku kekeliruan dan ketidak fahaman mengenainya.

Keduanya, media merupakan sumber yang amat terbuka. Seseorang yang baru dalam ilmu agama mungkin akan terkeliru dengan pandangan-pandangan yang berbeza dan bertentangan mengenai sesuatu perkara dan mungkin juga akan mengambil sesuatu maklumat dari aliran yang menyeleweng dari kefahaman Islam sebenar.

Namun sekiranya seseorang telah mempunyai latarbelakang keilmuan yang baik tentang agama, penggunaan media adalah sesuatu yang membantu terutama dari segi penambahan dan juga untuk perbandingan. Yang terbaik ialah sebelum kita menggunakan media sebagai wahana ilmu, kita terlebih dahulu mengenali wibawa ilmu (authority) yang sebenar dalam Islam dengan bertanya kepada guru-guru yang mendalam ilmunya. Berdasarkan pengenalan tersebutlah barulah kita memilih untuk mendengar melalui media mereka yang mempunyai wibawa ilmu tersebut.

Tiada masalah untuk orang tidak ada kepakaran dalam agama untuk bercakap tentang al-Qur’an dan hadis kepada keluarga dan kawan-kawan yang rapat. Akan tetapi pastikan kita bercakap dalam ruang ilmu dan kefahaman kita sahaja dan tidak menjangkau kepada perkara yang kita tidak mempunyai ilmu tentangnya.

Al-Qur’an mengingatkan “Jangan kamu berpijak kepada seuatu yang kamu tiada ilmu tentangnya”(al-Isra’ 17:36). Sekiranya ada persoalan yang kita tidak faham, elok dirujuk kepada mereka yang pakar, “Tanyalah kepada mereka yang ahli sekiranya kamu tidak mengetahui,(al-Nahl 16:43)”

1 comment:

  1. Slots casino site review: Bonuses, free spins & more
    The top casinos list luckyclub offer all sorts of bonuses, and they all have the same slots and bonuses, but they are always there, giving you the chance to play for free. With

    ReplyDelete