Tuesday, April 1, 2014

8 Pandangan Melayu Mengenai Orang Cina Yang Perlu Diperbaiki

1. Semua orang Cina kaya

Ni satu2 nya punca paling besar orang Melayu marah atau jaki sangat dengan orang Cina, sebab ramai2 pakat assume Cina = Kaya. Mana ada! Kau nak tau kenapa diorang nampak kaya dan mampu berbelanja? Orang Melayu naik gaji, dapat increment, terus plan nak tukar kereta yang masih elok. Cina dapat pertambahan pendapatan dia simpan. Cikgu kimia aku dulu, tiap2 hari pegi sekolah naik van yang tak ubah macam van penjual sayur dekat pasar. Ada dia kisah orang kutuk? Tak ada. Tapi orang Melayu pentingkan benar penampilan diri ni, kita suka kalau orang lain tau kita mampu. Kita naik gred 44 dah terus simpan azam nak tukar kereta baru! Ni penyakit Melayu





2. Semua Cina bawak kereta macam lanciao!

Ye lah. Semua Cina bawak kereta macam haram. Semua Melayu bawak kereta lemah lembut, sopan santun. Yang potong queue? Cina. Yang suka high beam2 orang? Cina. Yang bawak elok sambil berwirid dan berzikir dalam kereta lalu langsung tidak pernah menunjukkan sikap kurang sopan atas jalan adalah orang Melayu. Memang betul. Semua Melayu bawak kereta sopan santun. Aku tak pernah jumpa lagi pemandu Melayu yang bawak kereta macam anak haram. Mat rempit tu pun kebanyakannya Cina, kan? 


3. Matlamat Hidup Orang Cina Adalah Menjatuhkan Melayu

Kenapa kita rasa camni? Aku tanya kau jelas kenapa kita rasa camni? Kau boleh bagi jawapan? Ini sebenarnya natural instinct tiap2 orang. Tapi orang Melayu ambik benda ni sebagai satu masalah personal kerana kita ada sejarah 13 Mei 1969. Aku pun tak hidup lagi time tu jadi kenapa aku perlu judge orang Cina menggunakan pandangan2 yang aku sendiri tak sure macam mana kesahihannya.

Ni sama lah macam kau kata semua orang Cina yang baru lahir semalam matlamatnya adalah menjatuhkan orang Melayu. Orang boleh berubah. Manusia berubah. Orang Cina bukan semuanya buruk2 belaka. Ada yang buruk tapi lebih ramai yang baik. Manusia bang! Asal manusia semuanya baik! 


4. Semua Cina gangster!

Ni aku rasa ramai yang ambik benda ni secara sah. Semua Cina ada protection kongsi gelap. Semua orang Cina ahli kongsi gelap. Mana ada! Apa kau ingat semua Cina ni nak join gangster sebab nak buat duit? Cubalah bukak mata sekeliling kau, ramai gila orang Cina yang kais pagi makan pagi. Yang hidupnya kerja 9-5 sama macam orang lain.

Mungkin sebab kau tak bergaul dengan ramai Cina, tapi sebenarnya ramai orang Cina yang normal ni mengalami masalah yang sama yang kau dan aku hadapi. Kita takut dengan ancaman keselamatan diri sendiri dan keluarga yang sama-sama kita tengah hadapi sekarang....apa yang orang Melayu lalui, sebenarnya kalau kau tak tau lagilah...turut dirasai oleh diorang. Dah satu negara....takkanlah tak rasa. 


5. Semua Cina Bersatu Untuk Satu Matlamat

Kita selalu dijual pepatah "orang Cina boleh bergaduh dalam bab politik tapi bila bab bangsa mereka cukup bersatu." Cuba kita lihat balik sejarah China sendiri dan betapa teruknya pergaduhan sesama diorang dan benda yang sama juga berlaku di negara kita satu masa dulu bila mana dua puak Cina bertelagah dan menghuru-harakan negara. Itu pergaduhan sesama bangsa yang berlandaskan politik perkauman internally.

Kau cuba tanya diri sendiri, bolehkah Melayu bersatu, punya satu pandangan yang sama, punya cara kerja yang serupa? Jawapannya mudah, benda tu mustahil! TAK LOGIK! Adakah Mahathir bersetuju 100% apa yang Najib buat? Kenapa sekarang ni banyak penulis2 pro Mahathir mula attack Najib secara terbuka?

Kita boleh ada visi yang sama tapi cara kita achieve benda tu mesti berbeza. Dekat office pun kau boleh tengok sendiri manager2 kau punya cara kerja, matlamat dia nak manage pejabat, tapi cara dia kerja mungkin kau suka atau kau benci. Ini naluri kita. Kita takkan bersatu. Kita takkan punyai pandangan yang sama! Orang Cina pun sama! Ada Cina ala kapitalis, ada Cina ala sosialis, ada jugak Cina pemikiran Komunis.


6. Cina Cekik Darah Melayu Bila Part Meniaga

Ni trauma paling besar masyarakat Melayu. Aku tanya kau sendiri lah, kalau kau meniaga dan kau jual barang dengan orang Melayu Islam, kau ada terasa lembut hati sikit tak nak bagi dia diskaun lebih sikit? Ada kan.

Habis tu kenapa kau marah kalau Cina buat benda yang sama sesama diorang? Pada aku benda ni tak ada masalah, sebab.....semua orang akan buat macam tu. Aku nak selit sekali bab Melayu cekik darah duit kerajaan bila rebut tender, tapi tu bab lain lah sebab topik tu, sangat menarik untuk diulas lebih lanjut.

Melayu cekik Melayu boleh, apa salahnya Cina cekik darah Melayu? Kau cekik lah balik dia kalau dia beli barang kau. Willing buyer willing seller. Dalam bisnes, pelanggan yang tak tau apa dia nak beli adalah pelanggan yang layak dicekik. Jadi, study dulu sebelum beli. Lagipun, kenapa kau ingat Cina tak cekik darah Cina lain bila diorang melakukan urusan jual beli?


7. Cina, Mesti Kurang Ajar dan Tak Ada Adab

Berita paling gembira orang Melayu suka dengar adalah kalau ada orang Cina masuk Islam. Serta-merta semua pandangan orang Melayu terhadap Cina itu berubah menjadi sangat positif. Semua benda buruk dan stigma diorang dekat orang Cina hilang. Lihat sendiri bagaimana seorang Cina yang dulunya model seksi kini sudah berani bertudung, dipaparkan dalam TV-Al Hijrah dah beberapa kali untuk jadi inspirasi kepada semua orang.

Orang Melayu adalah masyarakat yang confuse. Kita perlukan sesuatu yang dapat kita relate sebelum kita dapat accept seseorang itu sebahagian dari kita. Dalam hal model tersebut, dia cuba menerima identiti Islam membuatkan kita menerima dia dengan tangan terbuka. Tapi pokok pangkalnya, dia masih lagi Cina, kan?

Orang Melayu kena belajar yang agama dan bangsa tak mencerminkan identiti. Orang itu adalah seorang yang kita perlu lihat sebagai satu individu yang berdiri sendiri. Bangsa dan agama tak menjamin akhlak seseorang. Ramai aje orang Melayu lingkup, bergaduh aje negara Islam sekarang ni. Kita perlu belajar terima orang yang baik bukan semestinya datang dari bangsa Melayu dan beragama Islam.

Kalau kita terus kekal dengan mentaliti 13 Mei 1969 ni, sampai bila2 la Malaysia akan terus kekal dengan racial tensionnya. Nak tengok betapa kalutnya pemikiran Melayu...bila kes Cikgu pakai tudung kat sekolah Cina, ulasan dalam televisyen menyebut "ini boleh jadi isu perkauman."

Padahal...cikgu tu Cina! Itu ayat stesyen TV. Skrip itu ditulis oleh seorang yang sepatutnya peka dengan benda2 pemahaman camtu. Dia seorang professional! 


8. Cina semua suka makan babi



Sumber: http://cursingmalay.blogspot.com/2014/01/7-stigma-melayu-mengenai-orang-cina.html

No comments:

Post a Comment