Dalam karya terkenal Frank Swettenham iaitu Malay Sketches, Frank Swettenham telah memberi gambaran dan pandangan tentang orang Melayu di zamannya mengikut perspektif dan pengalaman peribadi beliau. Berikut adalah sifat-sifat buruk orang Melayu pada pandangan beliau sebagai orang luar.
Orang Melayu suka meminjam wang, tetapi liat untuk membayar balik
Orang melayu suka mengambil tahu hal ehwal jiran tetangga dan
mengumpat.
Suka mempercayai hal yang karut marut
Orang melayu suka berjudi, bersabung ayam dan perkara yang
seumpamanya
Tidak mudah menerima sebarang perubahan
Orang melayu adakalanya malas malah perkara yang rutin juga
dilalaikan.
Orang melayu tidak menghargai masa
Rumah Orang melayu pada zaman itu dilihat tidak kemas, malah kotor
Orang melayu zaman itu suka berdendam, dan jika dendam itu tidak
dapat dibalas pada orang yang sepatutnya, sesiapa sahaja yang kebetulan berada
berhampiran akan menjadi mangsa, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau
muda.
Orang melayu suka mengamuk
Walaupun orang melayu suka berbudi, mereka sebenarnya mengharapkan
balasan.
Orang melayu suka berpuak-puak
Orang melayu amat menitik beratkan soal darjat serta keturunan,
terutama dalam soal perkahwinan.
Kesemua sifat-sifat yang telah dinyatakan sememangnya tepat. Walaupun
tidak enak dibaca, ianya harus menjadi pengajaran kerana inilah apa yang
dilihat oleh orang luar. Akan tetapi mungkin telah ada di antara sikap buruk
tersebut yang sudah pun terhakis dari masyarakat melayu kini.
No comments:
Post a Comment