Baru-baru ini kontroversi membabitkan pelakon Azwan Kombos dan kekasihnya Nad Zainal terus menjadi tanda tanya mengenai status hubungan mereka sekarang ini dan terbaru pengacara dan pelakon Hefny turut dikatakan sebagai punca ketiga keretakan hubungan mereka ini.
Jelas Azwan kini dia hanya bersms sahaja kerana apabila cuba untuk menghubungi kekasihnya, Nad Zainal nampaknya tidak kesampaian kerana tidak mendapat sebarang respon yang baik juga selepas tercetusnya konflik tersebut mereka juga tidak pernah lagi berjumpa sehingga kini.
“Setakat ini macam itu juga kami belum berjumpa dan masih belum mendapat jawapan yang sahih mengenai isu dan status kami sekarang. Saya ada menghubunginya tetapi tidak mendapat respon yang baik. Kebanyakannya SMS, tapi tidak bercakap secara langsung,” ujarnya kelihatan tenang.
Dalam masa yang sama, hubungan mereka juga dikatakan retak disebabkan orang ketiga, Hefny Sahad yang juga merupakan pengacara dan pelakon. Sebelum itu juga Hefny turut menafikan bahawa dia merupakan orang ketiga punca keretakan hubungan ini dan secara lantang dan tegas Azwan menemplak apa yang didakwa oleh Hefny sebelum ini.
“Kalau tidak ada kena mengena kenapa dia nak bersuara — dia sahaja yang memberikan komen bermacam-macam tapi saya diam sahaja. Masalah ini kena tanya mereka,” jelasnya tegas.
Tambahnya lagi, Hefny tidak perlu untuk masuk campur dalam urusan mereka berdua dan turut mempertikaikan setiap kenyataan yang diberikan oleh pelakon itu. Tegasnya lagi Hefny juga mengganggu bagi proses untuk penyelesaian masalah antaranya dan Nad Zainal.
“Kau siapa nak masuk campur dalam hubungan ini. Sibuk memberikan kenyataan yang bukan-bukan dan bercanggah dengan apa yang berlaku. Sudah-sudahlah menipu dan bercakap lain. Bagi saya ya dia mengganggu urusan penyelesaian antara saya dan Nad Zainal,” katanya.
Akui Masih Sayangkan Nad Zainal
Dia turut memberitahu bahawa tidak berapa mengenali pelakon dan pengacara itu tetapi pernah bertemu. Azwan turut memberitahu sekiranya Hefny merupakan punca keretakan hubungan mereka ini dia secara lantang dan tegas tidak akan memaafkan pelakon itu.
“Saya tidaklah begitu mengenali pelakon itu tetapi pernah berjumpa. Kalau lah dia punca kepada semua yang terjadi, saya tak boleh maafkan dia,” katanya.
Walaubagaimana pun, Azwan mengakui masih sayangkan kekasihnya itu Nad Zainal kerana mereka sudah bercinta selama 3 tahun 5 Bulan dan sepanjang itu pelbagai suka dan duka dikongsi bersama. Azwan juga menerima takdir sekiranya jodohnya tidak panjang dan memaafkan kekasihnya itu dan turut mengatakan bahawa Nad Zainal bebas untuk memilih.
“Saya sayang Nad, tetapi kalau jodoh tidak panjang saya menerima dengan takdir. Saya maafkan dia dan dia bebas untuk memilih,” ujarnya mengakhiri perbualan.
Sumber: Rotikaya
No comments:
Post a Comment