Monday, March 17, 2014

Lelaki Bina Taj Mahal Mini Untuk Arwah Isterinya

Taj Mahal Mini Untuk Arwah Isteri

Di Bulandshahr, Uttar Pradesh India, seorang lelaki Faizul Hasan Kadari (77) membina sebuah replika Taj Mahal untuk arwah isterinya yang bernama Tajammuli Begum. Faizul sudah membelanjakan GBP 10 500 (RM 50 000) untuk membina replika sebesar 5000 kaki persegi itu.

Pembinaan dimulakan Febuari 2012 tetapi terpaksa dihentikan September lalu akibat kehabisan dana. Faizul enggan menerima bantuan daripada orang ramai kerana baginya monumen cinta dia kepada arwah isterinya harus dibina menggunakan wangnya sendiri.

Faizul juga telah menjual barang kemas arwah isteri, tanah milik beliau dan membelanjakan wang pencen untuk menyiapkan Taj Mahal mini itu. Dia berharap Taj Mahal mini itu dapat disiapkan sebelum dia meninggal dunia supaya dia dapat disemadikan bersebelah kubur isterinya yang tercinta.





No comments:

Post a Comment