Tuesday, March 25, 2014

Kota Hantu Di Tengah Laut



Pada awal 1900-an, Gunkanjima merupakan sebuah pulau yang makmur kerana kekayaan batu baranya. Mitsubishi Corporation yang mengelola perlombongan batu bara di sini benar-benar membuat Gunkanjima menjadi sebuah kota yang kaya-raya dan padat dengan penduduk sedangkan luas pulau ini kurang dari 1 km persegi.


Rupa bentuk batu bara
Gunkanjima , Japan

Untuk keselesaan para penduduk, sepuluh kompleks apartmen dibangunkan beserta sekolah, restoran, dan tempat beriadah. semuanya dikelilingi oleh tembok pelindung. Pulau ini juga dikenali sebagai Nashi Midori Shima iaitu pulau tanpa warna hijau. Menjelang tahun 50an jumlah penduduknya mencapai 6000 orang. Ini menjadikan pulau ini sebagai pulau yang terpadat di dunia pada masa itu. 


Tinggalan yang menyeramkan



Akan tetapi batu bara yang terus digali hingga ke dasar laut lama kelamaan habis dan pulau itu pun ditutup. Pulau yang tidak memiliki tumbuhan hijau ini lama kelamaan menjadi sepi. 



Lima puluh tahun kemudian, pulau ini menyerupai pulau berhantu, apartmen-apartmen mulai runtuh. Pada tahun 1974-2009, pulau ini diwartakan tutup. Tiada sesiapa yang dibenarkan datang ke pulau ini. Namun baru-baru ini pulau unik ini dibuka untuk lawatan orang ramai. Pulau ini juga telahpun didaftarkan sebagai tapak Warisan Dunia Unesco.


No comments:

Post a Comment