Thursday, March 20, 2014

Apa Itu Silo ?


 
 

Tentu ramai antara korang yang pernah main game Hay Day di telefon pintar. Admin pun selalu main game tu time bosan. Dalam game tu ada struktur bangunan tinggi berbentuk silinder berwarna merah. Itu la silo?

Gambarajah Silo dalam game Hay Day

Serba sedikit tentang silo yang admin tahu. Silo adalah struktur yang digunakan untuk menyimpan hasil-hasil pertanian secara pukal. Antara bahan yang disimpan di dalamnya ialah biji-bijian hasil pertanian dan makanan ternakan. Penggunaan silo amat meluas di negara-negara barat yang mengusahakan tanaman gandum dan biji-bijian.


Silo yang diperbuat daripada kayu

Di luar bidang pertanian, silo digunakan untuk menyimpan batu bata, simen, potongan kayu, garam dan pasir. Ada empat jenis silo yang biasa digunakan hingga saat ini, iaitu jenis menara, bunker, kotak dan karung.

Hasil-hasil pertanian dan makanan ternakan akan dimasukkan ke dalam silo dari tingkat paling atas sehingga yang masuk lebih dulu akan berada di bawah. Pengambilan bahan-bahan itu pula akan dilakukan dari bawah.

Silo mula digunakan di zaman Yunani kuno pada abad ke 8 sebelum masehi hingga abad ke 5 sesudah masehi. Perkataan silo berasal dari bahasa Yunani iaitu siros yang bererti "lubang menyimpan biji-bijian"


Silo moden

Silo moden pertama yang dibina dengan kayu dan penggunaannya amat meluas di Amerika Syarikat.

No comments:

Post a Comment