Wednesday, March 26, 2014

5 Benda Aneh Yang Pernah Hanyut Di Pantai


Surat Cinta Dari Perang Dunia Kedua


Seikat surat cinta dari era Perang Dunia II yang ditulis oleh seorang wanita di New Jersey kepada kekasihnya hanyut dibawa ombak dalam taufan Sandy. Seorang remaja berusia 14 tahun menemui 57 pucuk surat di dalam kotak tersebut ketika dia berjalan kaki di pantai Atlantic Highlands sewaktu taufan Sandy menyerang. 

Surat-surat itu merangkumi kisah hidup Dorothy Fallon dan Lynn Farnham dari tahun 1942 sehingga tahun 1948 ketika mereka telah berkahwin. Daripada kandungan surat-surat tersebut diketahui sang lelaki berasal dari Vermont dan bertugas di Pasifik sepanjang perang dunia kedua. Surat-surat itu diyakini hanyut dari daerah Rumson dan terus masuk ke sungai sehingga terdampar di pantai Sandy Hook Bay.



Kasut Lengkap Dengan Kaki Di Dalamnya


Pada tahun 2007, sesuatu yang aneh berlaku di Pelabuhan British Columbia, Kanada. 11 kasut ditemui lengkap dengan sepotong kaki di dalamnya. Tidak dapat dipastikan apa yang telah terjadi sehingga kaki-kaki ini terputus dari tubuh.


Ribuan Pisang Hanyut



Pada November 2007 penduduk Pulau Terschelling, Belanda terkejut lantaran pada suatu pagi mereka menemui ribuan pisang di pantai. Dipercayai Pisang itu dibawa oleh gelombang arus dari sebuah kapal kargo karam.



Bom Aktif



Pengunjung Pantai Miami Amerika Syarikat pada 2011 dikejutkan dengan penemuan benda aneh berdiameter enam sentimeter dan panjang 12 sentimeter. Setelah diperiksa, ternyata benta aneh tersebut adalah bom dengan kekuatan ledakan yang boleh menghancurkan tubuh.

Bom ini telah membuatkan para pengunjung takut dan lari dari pesisir pantai. Sekumpulan pemusnah bom telah datang untuk memusnahkan bom itu. Tidak diketahui dari mana datangnya bom itu dan siapa yang menghanyutkannya.



Batu Nisan
 


Pengunjung pantai di Kota San Fransisco, Amerika Syarikat dikejutkan dengan kehadiran dua buah batu nisan berusia ratusan tahun.

Di batu nisan itu terukir nama wanita  bernama Emma Bosworth yang meninggal dunia pada tahun1876 dan satu lagi batu nisan terukir nama Delia Presby Oliver yang meninggal dunia pada 1890. Batu nisan itu diperbuat daripada granit dan dipercayai digunakan seseorang untuk mencegah ombak kuat yang terjadi di San Fransisco pada 1940-an

No comments:

Post a Comment